Thursday, 1 August 2013

BULAN KEMERDEKAAN

1hb Ogos 2013.
Apabila masuknya bulan Ogos, kita sebagai rakyat Malaysia sedar akan keistimewaan bulan ini.

Ini kerana, bulan Ogos menandakan sebagai sebuah peristiwa penting sejarah, iaitu Pengishtiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957.

Dengan berlangsungnya peristiwa tersebut, bermula detik bersejarah tanah air kita selangkah ke alaf baru menggunakan nama MALAYSIA.
Tahun ini merupakan tahun ke-56 kita meraikan detik gemilang kemerdekaan negara Malaysia. Semoga semua rakyat Malaysia sentiasa menghargai perjuangan para pahlawan kita yang terkorban demi keamanan negara tercinta.

Marilah kita bersama-sama mengibarkan bendera Jalur Gemilang sama ada di kenderaan ataupun di rumah, sebagai menghargai bulan Kemerdekaan ini.

" Menghargai pengorbanan & erti sebuah keamanan ".


Tuesday, 2 October 2012

KEJOHANAN FUTSAL 1MALAYSIA PARLIMEN KANGAR 2012 PIALA YB. DATO' SERI MOHD RADZI SHEIKH AHMAD (AHLI PARLIMEN KANGAR)

Pada 29-30hb September 2012, telah diadakan Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Kangar Piala Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar).

Berikut merupakan gambar sepanjang kejohanan.

Friday, 21 September 2012

KEJOHANAN FUTSAL 1MALAYSIA PARLIMEN KANGAR 2012 PIALA YB. DATO' SERI MOHD RADZI SHEIKH AHMAD (AHLI PARLIMEN KANGAR)

KEJOHANAN FUTSAL 1MALAYSIA PARLIMEN KANGAR 2012 PIALA YB. DATO' SERI MOHD RADZI SHEIKH AHMAD (AHLI PARLIMEN KANGAR)

Yuran penyertaan :
RM20 per Pasukan.

Borang penyertaan boleh didapati di :
*Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kangar (sebelah Tabung Haji)
*Pusat Khidmat DUN (Sena,Bintong,Kayang,Indera kayangan dan Kuala Perlis) serta di D'Futsal Centre.


TARIKH TUTUP PENYERTAAN :

==== 26 SEPTEMBER 2012 ===


TARIKH PERLAWANAN :

29-30 SEPTEMBER 2012

TEMPAT :
ARENA FUTSAL STADIUM UTAMA KANGAR PERLIS.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1. Peserta mestilah bermaustatin didalam kawasan Parlimen Kangar sahaja.
2. Kategori pertandingan terbahagi didalam dua kelas, Lelaki Terbuka 15 tahun ke atas dan Perempuan 15 Tahun ke atas SAHAJA.

BORANG PENYERTAAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KE :

PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN KANGAR
NO 22. TINGKAT ATAS MEDAN SYED ALWI,
01000 KANGAR PERLIS. (Sebelah KFC depan The Store)


Untuk pertanyaan sila hubungi :

Encik Tajul Haslam Datuk Tajuddin (017-5260009)
Encik Ahmad Sirajmunir Salim (017-5778477)
Pusat Khidmat Ahli Parlimen kangar (04-9760646)

Wednesday, 15 August 2012

Tegakkan Pendapat Kita!

Di era globalisasi ini, kian terjadi pelbagai kontroversi membabitkan hak asasi manusia.
Namun sesetengahnya tidak layak ditegakkan seperti isu gay yang kian terjadi dengan berleluasa di Malaysia.
Oleh itu kita perlulah menyuarakan pendapat kita.

Tuesday, 14 August 2012

Majlis Berbuka Puasa di Hotel Seri Malaysia

Majlis Berbuka Puasa anjuran Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis dianjurkan lagi pada 12hb Ogos 2012 bagi meraikan golongan belia dan pelajar negeri Perlis dan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli pertubuhan dan warga belia.

Majlis ini telah dihadiri lebih seratus pelajar dari seluruh negeri perlis yang terdiri daripada warga PPM Perlis dan disertai Sekreteriat PPM UiTM Arau dan Warga Kelab UiTM Perlis LC Crew (UPLC) dari UiTM Arau.

Sidang Media Bagi Mengecam Isu Gay

Pada 12hb Ogos 2012, telah diadakan sidang media bagi mengecam tindakan paderi gay warga Malaysia, Ngeo Boon Lin mengadakan majlis resepsi perkahwinan sejenisnya di Kuala Lumpur minggu lalu.

Sidang media ini yang diadakan oleh saudara Mohd Rafiq Naizamohideen Presiden (PPM) Malaysia ini turut disertai Tajul Haslam Datuk Tajudin, Pengerusi (PPM) Perlis dan warga Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis.

Ianya kerana, baru-baru ini negara digemparkan apabila Boon Lin yang kini menetap di Amerika Syarikat dan berkahwin dengan pasangan sejenisnya, Phineas Newborn mengadakan majlis resepsi itu.

Mohd Rafiq berharap kerajaan dapat menggubal undang-undang yang lebih tegas jika undang-undang yang sedia ada tidak berupaya menangani isu itu.

Beliau berkata, sebelum ini pelbagai pihak telah mengecam kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini yang mahu mengadakan kegiatan mereka secara terbuka.

Program Derma Kasih Ramadan

Pada 12hb Ogos 2012, telah diadakan Program Derma Kasih Ramadan, yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis dan disertai Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia di rumah orang-orang miskin di sekitar Kangar.

Program ini bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang kurang upaya dan tidak berkemampuan dengan memberikan beberapa cenderahati, supaya dapat meringankan beban mereka.
Majlis ini tamat dengan pemberian beberapa cenderahati kepada lebih 20 keluarga di sekitar Kangar.

Antara cenderahati yang dihadiahkan adalah seperti barang-barang keperluan memasak, duit raya dan bendera Malaysia sempena Kemerdekaan ke-55 negara tercinta.