Saturday, 11 August 2012

Program Sumbangan Kasih Ramadan

Pada 11hb Ogos 2012 (Ahad), telah diadakan Program Sumbangan Kasih Ramadan Anjuran Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis Dengan Kerjasama Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar)bertempat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Program ini bertujuan untuk menjalin hubungan dengan pesakit-pesakit di Hospital Tuanku Fauziah, memandangkan kesemua pesakit memerlukan sokongan supaya cepat sembuh.

Pihak Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis juga, sedikit sebanyak turut menyumbangkan cenderahari dengan harapan dapat meringankan beban yang ditanggung pesakit.

Semoga semua pesakit di Hospital Tuanku Fauziah, cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan hidup. Sesungguhnya Allah s.w.t. banyak menguji hamba-hambanya di bulan Ramadan yang diberkati ini.

Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar) berbaju biru, sedang menyampaikan sumbangan kepada pesakit.
Pesakit ini sedang menerangkan bahawa beliau masuk ke Hopital Tuanku Fauziah baru semalam kerana beliau dipatuk Ular Senduk di ibu jari tangan kanannya kepada Pengerusi PPM Perlis.

Pengerusi PPM Perlis, Tajul Haslam Datuk Tajudin sedang menerangkan mengenai program Santai Sahur yang akan diadakan pada malam tersebut di Rumah Warga Emas Seri Kenangan Arau kepada semua ahli pertubuhan.
.

No comments:

Post a Comment