Pada 12hb Ogos 2012, telah diadakan Program Derma Kasih Ramadan, yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis dan disertai Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia di rumah orang-orang miskin di sekitar Kangar.
Program ini bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang kurang upaya dan tidak berkemampuan dengan memberikan beberapa cenderahati, supaya dapat meringankan beban mereka.
Majlis ini tamat dengan pemberian beberapa cenderahati kepada lebih 20 keluarga di sekitar Kangar.
Antara cenderahati yang dihadiahkan adalah seperti barang-barang keperluan memasak, duit raya dan bendera Malaysia sempena Kemerdekaan ke-55 negara tercinta.
No comments:
Post a Comment