Tuesday, 2 October 2012

KEJOHANAN FUTSAL 1MALAYSIA PARLIMEN KANGAR 2012 PIALA YB. DATO' SERI MOHD RADZI SHEIKH AHMAD (AHLI PARLIMEN KANGAR)

Pada 29-30hb September 2012, telah diadakan Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Kangar Piala Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar).

Berikut merupakan gambar sepanjang kejohanan.

Friday, 21 September 2012

KEJOHANAN FUTSAL 1MALAYSIA PARLIMEN KANGAR 2012 PIALA YB. DATO' SERI MOHD RADZI SHEIKH AHMAD (AHLI PARLIMEN KANGAR)

KEJOHANAN FUTSAL 1MALAYSIA PARLIMEN KANGAR 2012 PIALA YB. DATO' SERI MOHD RADZI SHEIKH AHMAD (AHLI PARLIMEN KANGAR)

Yuran penyertaan :
RM20 per Pasukan.

Borang penyertaan boleh didapati di :
*Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kangar (sebelah Tabung Haji)
*Pusat Khidmat DUN (Sena,Bintong,Kayang,Indera kayangan dan Kuala Perlis) serta di D'Futsal Centre.


TARIKH TUTUP PENYERTAAN :

==== 26 SEPTEMBER 2012 ===


TARIKH PERLAWANAN :

29-30 SEPTEMBER 2012

TEMPAT :
ARENA FUTSAL STADIUM UTAMA KANGAR PERLIS.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :

1. Peserta mestilah bermaustatin didalam kawasan Parlimen Kangar sahaja.
2. Kategori pertandingan terbahagi didalam dua kelas, Lelaki Terbuka 15 tahun ke atas dan Perempuan 15 Tahun ke atas SAHAJA.

BORANG PENYERTAAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIHANTAR KE :

PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN KANGAR
NO 22. TINGKAT ATAS MEDAN SYED ALWI,
01000 KANGAR PERLIS. (Sebelah KFC depan The Store)


Untuk pertanyaan sila hubungi :

Encik Tajul Haslam Datuk Tajuddin (017-5260009)
Encik Ahmad Sirajmunir Salim (017-5778477)
Pusat Khidmat Ahli Parlimen kangar (04-9760646)

Wednesday, 15 August 2012

Tegakkan Pendapat Kita!

Di era globalisasi ini, kian terjadi pelbagai kontroversi membabitkan hak asasi manusia.
Namun sesetengahnya tidak layak ditegakkan seperti isu gay yang kian terjadi dengan berleluasa di Malaysia.
Oleh itu kita perlulah menyuarakan pendapat kita.

Tuesday, 14 August 2012

Majlis Berbuka Puasa di Hotel Seri Malaysia

Majlis Berbuka Puasa anjuran Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis dianjurkan lagi pada 12hb Ogos 2012 bagi meraikan golongan belia dan pelajar negeri Perlis dan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli pertubuhan dan warga belia.

Majlis ini telah dihadiri lebih seratus pelajar dari seluruh negeri perlis yang terdiri daripada warga PPM Perlis dan disertai Sekreteriat PPM UiTM Arau dan Warga Kelab UiTM Perlis LC Crew (UPLC) dari UiTM Arau.

Sidang Media Bagi Mengecam Isu Gay

Pada 12hb Ogos 2012, telah diadakan sidang media bagi mengecam tindakan paderi gay warga Malaysia, Ngeo Boon Lin mengadakan majlis resepsi perkahwinan sejenisnya di Kuala Lumpur minggu lalu.

Sidang media ini yang diadakan oleh saudara Mohd Rafiq Naizamohideen Presiden (PPM) Malaysia ini turut disertai Tajul Haslam Datuk Tajudin, Pengerusi (PPM) Perlis dan warga Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis.

Ianya kerana, baru-baru ini negara digemparkan apabila Boon Lin yang kini menetap di Amerika Syarikat dan berkahwin dengan pasangan sejenisnya, Phineas Newborn mengadakan majlis resepsi itu.

Mohd Rafiq berharap kerajaan dapat menggubal undang-undang yang lebih tegas jika undang-undang yang sedia ada tidak berupaya menangani isu itu.

Beliau berkata, sebelum ini pelbagai pihak telah mengecam kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini yang mahu mengadakan kegiatan mereka secara terbuka.

Program Derma Kasih Ramadan

Pada 12hb Ogos 2012, telah diadakan Program Derma Kasih Ramadan, yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis dan disertai Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia di rumah orang-orang miskin di sekitar Kangar.

Program ini bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang kurang upaya dan tidak berkemampuan dengan memberikan beberapa cenderahati, supaya dapat meringankan beban mereka.
Majlis ini tamat dengan pemberian beberapa cenderahati kepada lebih 20 keluarga di sekitar Kangar.

Antara cenderahati yang dihadiahkan adalah seperti barang-barang keperluan memasak, duit raya dan bendera Malaysia sempena Kemerdekaan ke-55 negara tercinta.

Monday, 13 August 2012

Program Santai Sahur di rumah Warga Emas Seri Kenangan

Pada 12hb 8 2012 (Ahad), telah diadakan Program Santai Sahur bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan, Jejawi yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Pemikir Muda Negeri Perlis dan disertai saudara Mohd Rafiq Naizamohaideen, Pengerusi Pertubuhan Belia Pemikir Muda Malaysia. Program ini juga disertai Sekreteriat Pertubuhan Belia Pemikir Muda UiTM Arau dan pelajar-pelajar dari kelab UiTM Perlis LC Crew (UPLC).

Program ini bertujuan untuk meraikan warga emas disamping bersahur bersama mereka. Banyak pengalaman dikongsi oleh para warga emas kepada ahli Pertubuhan Belia Pemikir Muda yang boleh dianggap masih mentah lagi didalam kehidupan ini. Meskipun warga emas Rumah Seri Kenangan sudah lanjut usia, kewajipan berpuasa tetap merupakan ibadah yang ditunaikan mereka.

Sesungguhnya pengalaman bersahur bersama warga emas Rumah Seri Kenangan sememangnya satu pengalaman yang bermakna dan berharga buat kami.






Saturday, 11 August 2012

Program Sumbangan Kasih Ramadan

Pada 11hb Ogos 2012 (Ahad), telah diadakan Program Sumbangan Kasih Ramadan Anjuran Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis Dengan Kerjasama Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar)bertempat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Program ini bertujuan untuk menjalin hubungan dengan pesakit-pesakit di Hospital Tuanku Fauziah, memandangkan kesemua pesakit memerlukan sokongan supaya cepat sembuh.

Pihak Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis juga, sedikit sebanyak turut menyumbangkan cenderahari dengan harapan dapat meringankan beban yang ditanggung pesakit.

Semoga semua pesakit di Hospital Tuanku Fauziah, cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan hidup. Sesungguhnya Allah s.w.t. banyak menguji hamba-hambanya di bulan Ramadan yang diberkati ini.

Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar) berbaju biru, sedang menyampaikan sumbangan kepada pesakit.
Pesakit ini sedang menerangkan bahawa beliau masuk ke Hopital Tuanku Fauziah baru semalam kerana beliau dipatuk Ular Senduk di ibu jari tangan kanannya kepada Pengerusi PPM Perlis.

Pengerusi PPM Perlis, Tajul Haslam Datuk Tajudin sedang menerangkan mengenai program Santai Sahur yang akan diadakan pada malam tersebut di Rumah Warga Emas Seri Kenangan Arau kepada semua ahli pertubuhan.
.

Tuesday, 7 August 2012

Majlis Berbuka Puasa Pertubuhan Belia Pemikir Muda Perlis Bersama Agensi Awam & Swasta Serta Anak-anak Yatim

Pada 6hb Ogos 2012 yang lalu.
Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis dengan julung kalinya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa yang dihadiri lebih 300 orang tetamu dari pelbagai agensi awam dan swasta di Rumah Anak Yatim Mak Teh, Kangar.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim di bulan puasa ini disamping mengeratkan hubungan silaturahim diantara Pertubuhan Belia Pemikir Muda Perlis dengan agensi-agensi awam dan swasta.





Pengerusi Pertubuhan Belia Pemikir Muda Perlis sedang menyampaikan pesanan kepada warga belia Perlis.