Pada 12hb Ogos 2012, telah diadakan sidang media bagi mengecam tindakan paderi gay warga Malaysia, Ngeo Boon Lin mengadakan majlis resepsi perkahwinan sejenisnya di Kuala Lumpur minggu lalu.
Sidang media ini yang diadakan oleh saudara Mohd Rafiq Naizamohideen Presiden (PPM) Malaysia ini turut disertai Tajul Haslam Datuk Tajudin, Pengerusi (PPM) Perlis dan warga Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia Perlis.
Ianya kerana, baru-baru ini negara digemparkan apabila Boon Lin yang kini menetap di Amerika Syarikat dan berkahwin dengan pasangan sejenisnya, Phineas Newborn mengadakan majlis resepsi itu.
Mohd Rafiq berharap kerajaan dapat menggubal undang-undang yang lebih tegas jika undang-undang yang sedia ada tidak berupaya menangani isu itu.
Beliau berkata, sebelum ini pelbagai pihak telah mengecam kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini yang mahu mengadakan kegiatan mereka secara terbuka.
No comments:
Post a Comment