1hb Ogos 2013.
Apabila masuknya bulan Ogos, kita sebagai rakyat Malaysia sedar akan keistimewaan bulan ini.
Ini kerana, bulan Ogos menandakan sebagai sebuah peristiwa penting sejarah, iaitu Pengishtiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957.
Dengan berlangsungnya peristiwa tersebut, bermula detik bersejarah tanah air kita selangkah ke alaf baru menggunakan nama MALAYSIA.
Tahun ini merupakan tahun ke-56 kita meraikan detik gemilang kemerdekaan negara Malaysia. Semoga semua rakyat Malaysia sentiasa menghargai perjuangan para pahlawan kita yang terkorban demi keamanan negara tercinta.
Marilah kita bersama-sama mengibarkan bendera Jalur Gemilang sama ada di kenderaan ataupun di rumah, sebagai menghargai bulan Kemerdekaan ini.
" Menghargai pengorbanan & erti sebuah keamanan ".

No comments:
Post a Comment